:)
Bila baca komen kengkawan uni dulu, saya ‘terpanggil’ (chewah) untuk menulis kisah kitorg masa kt UM dulu…
• Dengan Nek Shima, kitorang bergaduh ngan Mak Guard (kitorang panggil Singa b*****) sebab basuh motor kt tepi blok. Memang org perempuan basuh motor kt situ okay. Ntah ape angin dia ari tuh, dia suruh kitorg basuh motor kt depan, dekat ngan blok lelaki. Ada ka????
• Me and Yusz kena saman (again ngan Singa B*****) sebab bawak motor takde lesen dalam kampus. Makcik singa tu siap perli2 lagi kata kitorang memang jenis melawan cakap. Eh eh…Peristiwa bersejarah ini berakhir ngan tangisan (yup, I cried), dan pujukan dari Pak Guard yg ada kt situ jugak. Siap bagi tissue lagi tu. Hehe...
• Adegan kejar mengejar dekat Seksyen 14 PJ sebab tertinggal helmet dalam teksi. Hmm..i chose not to deliberate on this, malu gila bila ingat balik…
• Teringat zaman masa sem khas kt 4th college masa 1st year. Paling best time tuh. Kitorang berempat (Aidah, Nek Shima, Yus and me) dok “secara haram” dalam satu bilik (check-in 2 orang, lagi 2 menumpang). Semester khas, so kelas pun 2 hari je seminggu, maka banyakla kerja2 gila yang kitorang buat untuk menghilangkan bosan, antaranya :
o Tengok cerita hidustan “Dilwale Duhania Le Jayenge”, sampai boleh hafal lagu dalam cerita tu, pastu berlakon balik buat video klip sendiri.
o Buat pantomime yang melampau2 utk lagu “Janji Manismu”
o Baik ngan brader cyber café, so kitorang boleh chatting sampai kul 2 -3 pagi at a very cheap rate. Siap blind date (shima tukang teman) lagi ngan salah sorang member chat, tapi mamat tu tak hensem mana, so terus tak contact lepas tu. (hehe, tak penah cerita kat Hubby benda nih…jgn marah naaa)
o Main computer game sampai jerit2 tension. Hehe…
o Jerit2 nyanyi lagu Kak Yah (Mariah Carey) dalam kereta.
• Cerita masa kat fakulti pun banyak jugak (Me, Nek Shima and Yus satu course, Aidah pulak course lain.)
o Kitorang dok minat sorang lecturer nih, Hamzah Aroff nama dia. Hensem and putih ya amat. Hehe..masa kelas, kitorang dok menyonteng buku (You jump, I jump la, The boy is mine la…) pastu buku tu pulak dipinjam oleh coursemate lain utk di fotostat. Bila depa baca apa yg kitorang conteng, habih la kena kutuk.
o Penah pegi bilik Hamzah Aroff ngan Shima (Yus marah sebab tak ajak dia skali) kononnya nak tanya soalan. Pastu ternampak “Fair and Lovely” atas meja dia. Huish..patutla putih…hehee
o Baik ngan brader lab, kitorang panggil dia Abang Karan sebab rambut dia macam kena karan.
o Pernah kena halau dari kelas Amir T Al Wazzan. Ceritanya, tengah2 mengajar tu, dia tripped and hampir nk jatuh. Orang lain gelak jugak, tapi kitorang gelak tak berenti2. Terus kena halau. Kitorang buat muka tak tau…Tapi malu la jugak.
o Ada sorang lecturer tu, dia suka sangat sebut « okay ». Satu hari tu kitorang set time, nk tgk berapa kali dia sebut « okay » dalam satu minit….10 - 15 kali okay !
o Minat ngan senior telecommunications (Nek, jgn tak ngaku okay), sampai sanggup drop kad raya dalam motor diorang. Huish..gila betul.
Setakat ni dulu buat masa sekarang. There may be Part 2, there may be not....You'll just have to keep reading my blog to find out...:)
Till next time....
Tuesday, August 21, 2007
Those were the days
posted by | hananis | at 4:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
dah komen pjg pas tu hilang pulakkk.
aku ingat lg bab helmet tu.hahaha.lawakla ko nek.bole tahan gak 'nakal' kite sume ni yek.tp masa sem khas tu mmg heavennyerrr.it's been 9 yrs oledi.old sweet times:)
hahaha...kelakar story mory kita ni. bab ramai2 kat bilik tu memang..happening sungguh!
n nek, ingat x ko ngan nek shima x reti start motor.kalau nak gi kelas suruh org startkan n along the way kene make sure x mati enjin.bila nak balik pun suruh org startkan jugak. kelakar je korang..hahaha
The good old days..:)
ha satu lagi...ingat x lecturer masa asasi dulu..ape ke nama dia, lady lecturer ajar maths. suka betul ckp 'Anda jangan jadi bodoh ya disini' hehehe...banyak kali pulak tu. and satu lagi lecturer kalkulus ke, yg ala2 60-an rambut alfro tu. kelakar..kelakar...
nek ko H2 sama ngan aku kan?
Post a Comment